Selasa, 2 Ogos 2011

Syukur alhamdulillah....tempat ke-5

syukur ke hadrat Allah s.w.t
memang gembira sangat dpt tahu menang n0. 5..
walaupun xdt dpt tempat teratas....
xkesahla....
tepat jam 8.30 hari selasa(2/8/2011)
buka laman web pengguna
masa tu hati da berdegup kencang da..takut2 xdpt..
yela sebelum ni mengharapkan dpt no. 1,2 @ 3..tpi xdpt juga...
xper la sekurang-kurangnya da cuba yg sebaik mungkin...
dapat RM200.00 buat duit raya tahun nie...:-)

kalau xpercaya tgok ni 


Jangan Bazir Air ye

Jumaat, 10 Jun 2011

Syarikat balak timbus sungai

AGAH meninjau  Sungai Gob yang ditimbus tanah dan pokok oleh syarikat pembalakan.
AGAH meninjau Sungai Gob yang ditimbus tanah dan pokok oleh syarikat pembalakan.


Penduduk Pos Gob kesal aktiviti pembalakan jejas kehidupan harian

GUA MUSANG: Air Sungai Gob yang menjadi keperluan lebih 300 penduduk Orang Asli di beberapa kampung sekitar Pos Gob, di sini, tidak lagi selamat digunakan apabila berbau busuk dan kotor berikutan diancam kegiatan pembalakan tidak terkawal sejak sebulan lalu. 

Malah, penduduk terbabit mendakwa ada pihak menimbus sungai berkenaan dengan tanah dan kayu sebagai laluan lori balak tanpa menghiraukan nasib penduduk yang menggunakan air sungai itu untuk keperluan setiap hari.
Tinjauan mendapati, sungai terbabit sudah menjadi sempit kerana ditutup dengan timbunan tanah dan kayu yang ditebang semata-mata bagi membina laluan lori balak.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Pos Gob, Agah Bongsu, berkata masalah itu sudah beberapa kali dikemukakan kepada syarikat pembalak terbabit, namun tidak diendahkan. 

Beliau berkata, berikutan masalah itu, sebahagian Orang Asli terpaksa berpindah ke kampung lain bagi mendapat sumber air bersih daripada aliran sungai. 

Katanya, kerja pembalakan di kawasan itu dilakukan secara rakus sehingga memusnahkan hutan dan aliran sungai tanpa memikirkan keselamatan penduduk. 

“Kami cuba menghalang pekerja balak daripada menimbus sungai berkenaan, tetapi mereka tidak mengendahkannya dan memberi alasan kami semua tidak ada hak mencampuri urusan itu dan mendakwa syarikat sudah mendapat kebenaran kerajaan negeri," katanya. 
Penghulu Kampung Koncong, Yusof Ati, berkata penduduk langsung tidak menyangka kawasan pedalaman turut tidak selamat didiami dan kediaman mereka terancam dengan kemusnahan yang dilakukan oleh manusia. 

“Saya merayu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan melakukan siasatan terhadap keghairahan syarikat pembalakan itu menimbus sungai hingga menyulitkan penduduk,” katanya. 


Jangan Bazir Air ye

Tangki Septik Individu



Jangan Bazir Air ye

Perkhidmatan Pembetungan Bersambung

baru-baru ni sekolah saya ada menganjurkan Karnival Kerjaya...
banyak kolej-kolej atau universiti yang di jemput antaranya UiTM, MSU dll...

terdapat juga gerai yang menempatkan Syarikat Indah Water..
sedikit sebanyak dapat saya menambah ilmu pengetahuan..
jadi saya ingin kongsikan bersama anda sedikit sebanyak yang ada di gerai Syarikat Indah Water tersebut..
supaya kita dapat menambah ilmu pengetahuan..


Klik untuk dibesarkan

Klik untuk dibesarkan


Jangan Bazir Air ye

Selasa, 17 Mei 2011

Atasi krisis air sekarang!!

Click untuk dibesarkan






Jangan Bazir Air ye

Rabu, 20 April 2011

UBAH TABIAT MEMBAZIR AIR

Dalam satu kajian yang diadakan baru-baru ini, mendapati bahawa purata penggunaan air domestik di Malaysia adalah tertinggi di rantau ini, iaitu sebanyak 226 liter per kapita sehari.

Malaysia dikurniakan taburan air hujan yang banyak. Namun masyarakat tidak menghargainya dan enggan memikul tanggungjawab yang sepatutnya untuk memulihara sumber-sumber asli ini.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, purata penggunaan air dalam satu mandian sebanyak 50 liter hingga 100 liter air.



Tabiat membazir seperti meninggalkan air mandian mengalir semasa menggunakan sabun adalah biasa dalam kalangan pengguna.

Kajian yang telah dijalankan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), menunjukkan hanya 67% daripada responden yang disoal selidik menutup air mandian semasa menggunakan sabun. Pada masa yang sama, 40% tidak pernah atau tidak menggunakan tekanan berbeza untuk mengawal aliran air mandi mereka.

Menurut Pusat Tenaga Pengguna di California, satu mandian biasanya memerlukan 113 liter hingga 189 liter air. Satu mandian yang mengambil masa 4 minit dengan pancuran lama memerlukan 75 liter air. Dengan menggunakan pancuran yang beraliran rendah, hanya 37 liter air diperlukan. Dengan ini penggunaan air dapat dijimatkan.

Peralatan penjimatan air seperti pancuran beraliran rendah dan sistem dwi-pam hanya sekadar peralatan untuk membantu untuk mencapai matlamat penjimatan air.

Untuk mencapai matlamat utama iaitu penggunaan mampan ataupun lestari, tabiat membazir ini mesti dikikis. Apa yang lebih menyedihkan berdasarkan kajian tersebut ialah sebanyak 70% mengatakan mereka tidak akan menukarkan cara hidup dan cara penggunaan air mereka dalam 3 tahun yang akan datang.

Oleh itu, kesedaran dan pendidikan kepada orang awam adalah mustahak untuk menggalakkan penggunaan peralatan yang jimat air serta cara menggunakan air yang lebih lestari.

Foon Weng Lian
Forum Air Malaysia


Jangan Bazir Air ye

Air dibekal SYABAS selamat, berkualiti

MENTERI Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,   Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bersama  Rozali  (kiri) dan  Pengarah Urusan Jalur Cahaya Sdn Bhd, Sheikh Mazlan Sheikh Hassan (kanan) melihat paip meter syarikat Jalur Cahaya Sdn Bhd selepas merasmikan persidangan dan pameran air Asia Pasifik.
MENTERI Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bersama Rozali (kiri) dan Pengarah Urusan Jalur Cahaya Sdn Bhd, Sheikh Mazlan Sheikh Hassan (kanan) melihat paip meter syarikat Jalur Cahaya Sdn Bhd selepas merasmikan persidangan dan pameran air Asia Pasifik.




Syarikat peruntuk RM1.2b tukar rangkaian paip lama 

SUBANG JAYA: Kira-kira 7.5 juta pengguna air di Lembah Klang terdedah kepada kesan sampingan sisa asbestos yang disyaki boleh menyebabkan barah, kecuali semua sistem rangkaian paip air lama sepanjang 6,000 kilometer segera diganti dengan paip baru yang terbukti lebih selamat.

Hampir keseluruhan paip lama adalah jenis Simen Asbestos (AC) dan ia tidak lagi sesuai digunakan serta perlu digantikan dengan paip baru jenis High Density Polyethelene (HDPE) atau Ductile Iron yang tahan lebih lama dan tidak mudah berkarat.
Kesatuan Eropah sudah mengharamkan penggunaan bahan yang mengandungi asbestos selepas kajian ke atas tikus menunjukkan asbestos boleh menyebabkan barah. 
Sisa amosite dan crocidolite adalah mineral asbestos yang paling bahaya dan seseorang itu terdedah kepada barah paru-paru jika terlalu lama terdedah kepada mineral berkenaan. 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sudah memperuntukkan RM1.2 bilion bagi mengatasi masalah paip bocor dan usang sekali gus ia menjadi projek utama SYABAS dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan serta memastikan kualiti air yang disalurkan kepada pengguna. 

Pengerusi Eksekutif SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail, berkata pihaknya mengakui bukan menjadi agensi yang bertanggungjawab dapat mengesahkan mengenai risiko kesihatan terhadap penggunaan paip lama itu. 
Bagaimanapun, katanya, menjadi tanggungjawab SYABAS melaksanakan arahan kerajaan Persekutuan untuk menggantikan paip lama dan usang itu. 

“Apa yang boleh kami sahkan semua air yang kami bekalkan dari loji rawatan kepada pengguna adalah selamat untuk diminum dan memenuhi piawaian antarabangsa. Bagaimanapun, bagi kami, kerja menggantikan paip itu perlu dilakukan segera kerana setakat ini daripada 6,000 kilometer saluran paip yang perlu diganti, hanya 850 kilometer saja dapat disiapkan, ” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Persidangan Air Asia Pasifik di Subang Jaya semalam. Seramai 25 penceramah dari dalam dan luar negara membentangkan kertas kerja masing-masing serta bertukar-tukar pandangan bersama lebih 300 peserta dari 14 negara dalam persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu. 

Rozali berkata, masalah dihadapi pihaknya untuk meneruskan program penukaran paip lama itu di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah disebabkan belum mendapat kebenaran daripada kerajaan bagi meneruskan projek berkenaan. 

“Saya berharap kerajaan Pusat dan kerajaan Selangor dapat segera menyelesaikan masalah berkaitan kelulusan ini bagi membolehkan kerja berkenaan diteruskan,” katanya.


Jangan Bazir Air ye

Projek air bawah tanah Sime Darby guna teknologi canggih




KUALA LUMPUR: Sime Darby Berhad menggunakan teknologi canggih yang terkini dan khidmat peneraju industri pada peringkat global untuk melaksanakan projek pembangunan sumber air bawah tanah yang dirintis di daerah Batang Padang, Perak.

Justeru, syarikat berkenaan menegaskan, tidak timbul persoalan mengenai keupayaan tenaga pakar dan juga teknologi yang digunakan bagi memastikan kesinambungan daya maju serta kemapanan projek berkenaan.


Menurut kenyataan akhbar syarikat itu, antara faktor Batang Padang dikenal pasti bagi pelaksanaan projek rintis itu ialah kawasan terbabit memperoleh taburan hujan tahunan yang tinggi, iaitu hampir 3,300 milimeter.

“Air bawah tanah adalah sumber air yang mapan dan boleh dipercayai jika dikeluarkan dengan betul menggunakan kaedah serta teknologi bersesuaian. Fakta ini sudah terbukti di negara seperti Denmark di mana 100 peratus air digunakan adalah sumber dari bawah tanah.

“Air bawah tanah bukan saja suatu sumber mesra alam kerana hanya menyebabkan gangguan minimum kepada kawasan permukaan tanah tetapi juga adalah sumber air mapan kerana ia boleh dibangunkan secara berperingkat bagi memenuhi permintaan yang meningkat.

“Kaedah ini bukan baru. Negara lain yang menggunakan air bawah tanah secara meluas termasuk Jerman, Switzerland, England, Australia dan Amerika Syarikat,” menurut kenyataan akhbar itu di sini, semalam.

Terdahulu, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pada sidang media di Petaling Jaya, semalam, membantah projek pembangunan sumber air bawah tanah di Batang Padang oleh Sime Darby Berhad yang bertujuan membekal air mentah ke kawasan Lembah Klang dan akan melakukan pengekstrakan antara 50 hingga 500 juta liter setiap hari (MLD).

Bantahan terhadap projek itu dilakukan kerana apabila pengekstrakan air bawah tanah melebihi kadar penggantian menerusi proses semula jadi maka ia akan mengakibatkan penenggelaman tanah, percampuran air laut, penurunan paras air atau kadar aliran masuk dan impak kepada persekitaran ekosistem.

Presiden Fomca, Datuk N Marimuthu, berkata sebagai tanda bantahan, pihaknya menghantar surat dan e-mel kepada Pejabat Perdana Menteri, semua Menteri Besar dan kementerian berkaitan supaya mereka turut sama membantah projek berkenaan, Khamis lalu.

Kenyataan Sime Darby seterusnya menjelaskan, pihaknya sudah menyampaikan fakta berkenaan kepada Fomca dan mempelawa untuk mengadakan suatu sesi dialog mengenai perkara itu, beberapa bulan lalu, tetapi Fomca enggan bersemuka dengan tenaga pakar mereka.


Jangan Bazir Air ye

Sabtu, 16 April 2011

Khamis, 14 April 2011

UITM guna air hujan di tandas...


KUALA SELANGOR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) bakal menjadi universiti pertama di negara ini menggunakan air tadahan hujan yang sudah dirawat bagi kegunaan tandas di semua kampusnya.

Bagi tujuan itu, UiTM bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di kampus UiTM Puncak Alam di sini, semalam.

Naib Canselor UiTM, Datuk Sahol Hamid Abu Bakar, berkata UiTM dan JPS akan menggunakan kepakaran masing-masing untuk menghasilkan hasil buangan dan semula jadi kepada sumber yang boleh digunakan.


“Antara yang sedang diberikan tumpuan ialah penggunaan air hujan yang sudah dirawat untuk kegunaan tandas di seluruh kampus UiTM dalam masa antara dua hingga tiga tahun lagi,” katanya dalam sidang media selepas majlis pemeteraian MoU itu di sini.

Sahol berkata, kajian mengenainya sedang dijalankan di kampus UiTM Puncak Alam di sini, yang mempunyai 30,000 pelajar sebelum ia diperluaskan untuk kegunaan semua kampus UiTM di seluruh negara.

“Satu saluran khas dipasang pada semua saliran air hujan yang akan ditakung dalam sebuah tangki khas sebelum dirawat secara usaha sama antara UiTM dan JPS,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, UiTM turut menjalankan kajian untuk merawat sisa makanan sebelum ditukar kepada baja tanaman.

“Selain itu, UiTM kampus Perlis ketika ini menggunakan sumber air bawah tanah yang digali untuk minuman,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan kira-kira 20,000 pelajar UiTM di Sarawak untuk tidak terbabit dengan kempen pilihan raya negeri terbabit.

“UiTM sudah mengeluarkan pekeliling melarang penuntut UiTM daripada terbabit dengan apa jua program berunsur politik. Semua pelajar perlu memberikan tumpuan terhadap peperiksaan akhir semester tidak lama lagi,” katanya

Sumber: Berita Harian


Jangan Bazir Air ye

kartun pasal air

jimat-air-03.jpg
kesiannya..da tak boleh mandi..


Jangan Bazir Air ye

Isi rumah di Selangor guna 230 liter air sehari

jangan membazir air..
Pengguna banyak membazir ketika mandi, mengepam tandas 

SUBANG JAYA: Penggunaan air domestik di Selangor banyak dibazirkan ketika mandi dan mengepam tandas dengan purata tahap penggunaan air keseluruhan bagi setiap isi rumah adalah 230 liter sehari, jauh lebih tinggi daripada negara maju lain.
Kajian terhadap corak penggunaan air domestik di Selangor juga mendapati tahap penggunaan air ketika mandi adalah 29 peratus daripada keseluruhan purata penggunaan air di rumah manakala 27 peratus lagi ketika mengepam tandas.
Perunding Pengurusan Sumber Air, James T Cherian, berkata setiap kali mengepam tandas menggunakan pam konvensional, kira-kira 11 liter air akan memasuki saluran kumbahan. 

Katanya, jika enam kali mengepam tandas iaitu kadar purata penggunaan domestik, ini bermakna 66 liter air digunakan berbanding cuma 28 liter sehari menggunakan pam teknologi baru yang mempunyai dua alat mengepam. 

“Bagi mengatasi masalah pembaziran air ini, kami mencadangkan supaya rumah yang baru dibina dipasang dengan pam tandas terkini ini,” katanya dalam kertas kerjanya ‘Potensi Pengurusan Penggunaan Air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya’ pada hari terakhir Persidangan Air Asia Pasifik Ke-2 anjuran Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan (SWAN) di sini, semalam. 

Beliau berkata, secara purata pengguna domestik di Selangor menggunakan 19 peratus bekalan air yang mereka peroleh bagi membasuh pakaian dan 17 peratus mencuci, manakala masing-masing empat peratus untuk memasak dan kebocoran paip. 
“Jumlah keseluruhan iaitu 230 liter sehari adalah terlalu tinggi berbanding negara lain. Jika tahap penggunaan ini dapat dikurangkan sehingga 180 liter atau 150 liter sehari, ia bermakna kerajaan tidak perlu membazir wang membina projek pemindahan air dari Pahang ke Selangor bagi bekalan air pada 2020,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Kebangsaan (SPAN), Datuk Teo Yen Hua, mengakui bahawa purata tahap penggunaan air domestik di kalangan rakyat Malaysia masih tinggi berbanding negara lain, misalnya Singapura iaitu 156 liter sehari dan Hong Kong cuma 187 liter sehari. 

“Bagaimanapun, SPAN berusaha mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan untuk memperkenalkan langkah tertentu termasuk penggunaan tandas dua pam, menggalakkan penggunaan pelekat peringatan jangan membazir air dan pendekatan lain dalam usaha memastikan pengurusan air lebih sempurna di negara ini,” katanya. 


Jangan Bazir Air ye

Krisis air dijangka berlaku lebih awal

lihatlah sendiri...adakah anda mahu begini?? fikirkan

Loji Rawatan Air Langat 2 masih belum dibina

KUALA LUMPUR: Krisis air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya membabitkan lebih 7.1 juta pengguna dijangka berlaku lebih awal daripada 2014. 

Ini berdasarkan faktor Loji Rawatan Air Langat 2 yang masih belum dibina dan cadangan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air akibat permintaan meningkat tidak dijalankan.
Ketua Eksekutif SYABAS, Datuk Ruslan Hassan, berkata berdasarkan unjuran pengeluaran dan permintaan air yang meningkat empat peratus setahun, negeri terbabit dijangka mengalami kekurangan bekalan air, mencecah 700 juta liter sehari jika loji rawatan terbabit gagal disiapkan sebelum 2015.
“Setakat ini kerja di Langat 2 belum dimulakan kerana isu berbangkit antara Kerajaan Pusat dan negeri belum selesai. Kita menjangkakan krisis air diramal itu akan berlaku lebih awal,” katanya kepada Berita Harian semalam. 

Terdahulu pada majlis sambutan Hari Air Sedunia di ibu pejabat SYABAS di sini, Ruslan berkata permintaan air semakin meningkat setiap tahun dengan pengeluaran air bersih mencecah 4,074 juta liter sehari (JLH) pada bulan ini berbanding 3,952 JLH pada Januari 2010 iaitu 6.61 peratus kenaikan. 

SYABAS mencadangkan 10 projek bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air di negeri terbabit, namun hanya projek saluran paip alternatif menyambungkan sistem agihan air dari Loji Rawatan Air Sungai Semenyih, ke Loji Rawatan Air Sungai Langat dijalankan selepas kerajaan membekukan pelaksanaan program perbelanjaan modal CAPEX SYABAS pada 2008. 

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N Marimuthu berkata pembekuan projek pemasangan paip baru itu perlu ditarik balik bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air bersih dan selamat kerana kebanyakan paip lama sudah berkarat selain kerap bocor. 


Jangan Bazir Air ye

Sarawak: Janji air bersih


Foto

30,000 penduduk 10 kampung di daerah Bau dapat manfaat

BAU: Hampir 30,000 penduduk di 10 kampung di daerah ini akan menikmati bekalan air bersih apabila projek penyambungan paip dari loji rawatan di Batu Kitang, siap tidak lama lagi.
Projek dengan peruntukkan berjumlah RM37 juta itu yang bermula Februari lalu dijangka selesai dalam tempoh 18 bulan.
Menteri Muda Alam Sekitar, Datuk Peter Nansian Ngusie, berkata apabila siap nanti projek itu akan memberi manfaat kepada 18,000 rumah di kawasan Krokong dan Jagoi yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru.

Beliau berkata, selama ini penduduk di kawasan perkampungan itu bergantung kepada bekalan air graviti untuk keperluan harian.

"Ketika ini kerja penyambungan paip dari loji rawatan Lembaga Air Kuching di Batu Kitang sedang giat dijalankan. Saya percaya, apabila projek ini siap sepenuhnya, semua penduduk di kawasan Jagoi dan Krokong akan menikmati bekalan air bersih," katanya selepas merasmikan Program 1KDN dan Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Kampung Tradisi di Kampung Serikin, di sini.

Nansian berkata, projek bekalan air bersih itu antara bukti kerajaan bertanggungjawab menyediakan kemudahan infrastruktur untuk keselesaan rakyat. 
Beliau berkata, walaupun ada kalangan rakyat lewat menerima kemudahan itu, mereka harus faham pelaksanaan projek terbabit memerlukan masa agak panjang selain terpaksa menghadapi kesukaran berikutan bentuk muka bumi yang agak sukar.

Sementara itu, Nansian, berkata beliau bersedia menghadapi pelbagai taktik pembangkang termasuk menyerang peribadi beliau dalam tempoh kempen pilihan raya negeri ini.

"Saya bersedia menghadapinya dan saya juga percaya rakyat tahu isu remeh yang sengaja diperbesarkan oleh pembangkang," katanya. 


Jangan Bazir Air ye

SYABAS perjelas masalah gangguan air di Kampung Kerdas

SYARIKAT Bekalan Air Selangor (SYABAS) ingin menjelaskan aduan yang diterima daripada 'PENGGUNA MALANG' pada 5 Mac lalu berhubung gangguan bekalan air di kawasan Kampung Kerdas, Gombak. 

Mengikut rekod kami, sejumlah 120 kes paip bocor berlaku di Kampung Kerdas dari Januari 2010 hingga 21 Mac lalu. Rekod juga menunjukkan bahawa terdapat 55 kes aduan tekanan air rendah dan 79 kes aduan ketiadaan bekalan air di sekitar kawasan berkenaan.



Kami sudah mengenal pasti salah satu punca gangguan bekalan air adalah disebabkan oleh pembinaan dan pembangunan tidak terancang di kampung ini. Selain itu, SYABAS juga mendapati jajaran paip air sedia ada di kawasan itu adalah dari jenis Simen Asbestos berusia 25 tahun dan kerap mengalami kebocoran disebabkan usia paip usang.

Kampung Kerdas disenaraikan sebagai Zon Permeteran Wilayah yang mana tekanan air dikawal dengan menggunakan injap kawalan tekanan bagi mengelakkan kejadian paip pecah. 

Bagi menyelesaikan masalah itu, SYABAS dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melakukan lawatan ke tapak berkenaan pada 14 Mac lalu dan mengambil tindakan meningkatkan tekanan air dari lapan meter kepada 11 meter. 

Penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menggantikan paip jajaran utama yang usang di Kampung Kerdas. Projek itu terpaksa ditangguhkan berikutan arahan kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan semua program pengurangan air tanpa hasil (NRW) dan Program Penggantian Paip Lama sehingga cadangan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selesai sepenuhnya. 
ABDUL HALEM MAT SOM, 
Bahagian Hal Ehwal Korporat SYABAS
 


Jangan Bazir Air ye

Projek RM32j

 Rumah Panjang Jelani bakal nikmati kemudahan bekalan air bersih.
Rumah Panjang Jelani bakal nikmati kemudahan bekalan air bersih.


Loji rawatan legakan penduduk Rumah Panjang Jelani 

KANOWIT: Walaupun terletak di luar bandar, kebajikan penghuni rumah panjang tidak pernah diabaikan, malah peruntukan puluhan juta ringgit disalurkan kerajaan. 
Antara yang bertuah adalah lebih 350 penghuni Rumah Panjang Jelani, di sini yang akan menerima bekalan air bersih tidak lama lagi selepas kerajaan negeri memperuntukkan RM32 juta bagi membiayai projek loji rawatan sumber berkenaan.
Ketika ini, perunding dilantik sedang menjalankan kerja kajian pembinaan loji itu yang dijangka turut memanfaatkan penduduk di kawasan sekitar rumah panjang berkenaan. 

Rumah panjang Iban yang mempunyai 66 pintu itu terletak di tepi Sungai Kanowit, kira-kira 20 minit perjalanan dari pekan ini. 

Suri rumah, Hasnah Lasa, 32, berkata penduduk rumah panjang terpaksa menadah air hujan dan air sungai untuk kegunaan harian seperti mandi dan membasuh pakaian. 

“Air sungai keruh tidak sesuai untuk minum. Kadang-kadang kami perlu beli air mineral di pekan untuk minum tetapi harganya mahal," kata ibu muda yang mempunyai empat anak itu kepada Berita Harian, baru-baru ini. 
Tinjauan Berita Harian ke penempatan itu mendapati terdapat saluran paip dipasang, namun bekalan air sering terputus kerana masalah tekanan air rendah. 
Penoreh getah, Odelia Lasa, 38, berkata masalah bekalan air semakin menekan sejak beberapa bulan lalu kerana kemarau. 

“Kami penduduk rumah panjang harap masalah air dapat diselesaikan dengan pembinaan loji air itu. Sudah lama kami paip air tapi airnya tiada, jadi terpaksa guna air sungai atau air hujan. Kalau musim panas macam sekarang susah kami nak buat kerja," katanya mengakui tidak menghadapi masalah bekalan elektrik. 

Bagi pesara guru, Peter Empang, 58, yang baru berpindah berdekatan rumah panjang berkenaan, dia berharap kerajaan negeri akan mempertimbangkan bekalan elektrik ke rumahnya yang didiami bersama isteri dan anak berusia empat tahun. 

“Saya tak mampu nak sambung elektrik sendiri kerana kosnya terlalu tinggi mencecah ribuan ringgit. Tapi saya harap kerajaan Barisan Nasional (BN) akan pertimbangkan permohonan saya," kata bekas guru bahasa dan pengajian seni di Sekolah Kebangsaan Batu Luking itu. 

Pada satu majlis pemimpin bersama rakyat di rumah panjang itu yang turut dihadiri Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Sarawak, Datuk Gramong Juna yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan, berkata projek loji rawatan air itu akan bermula Mei depan dan dijangka menyelesaikan masalah bekalan air. 




Jangan Bazir Air ye

Rabu, 13 April 2011

Khamis, 24 Mac 2011

langkah mengatasi masalah pencemaran air di sungai



Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya punca pencemaran dapat dikurangkan dan antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:-
a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).
Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.
b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.
Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.
c) Pemasangan perangkap sampah.
Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.
d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.
Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.
Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil  tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.


Jangan Bazir Air ye

kaedah perawatan air

Perawatan: Sebelum Pengklorinan (Pre-Chlorination)
Klorin (Cl2) kadang-kala ditambahkan ke dalam air masukan untuk mengawal masalah rasa dan bau, atau untuk mengawal pertumbuhan alga di dalam Loji Perawatan.


1.Pembauran: Sebelum Kapur dan Tawas ( Pre-Lime and Alum)
Kapur dimasukkan untuk menyesuaikan keasidan air supaya proses perawatan lebih berkesan.

2.Penggumpalan (Flocculation)
Terdapat zarah di dalam air mentah yang perlu disingkirkan. Banyak zarah yang terlalu kecil lalu tidak boleh enap. Di dalam air, zarah-zarah ini mempunyai cas negatif dan oleh sebab mempunyai cas yang sama,zarah-zarah ini tidak boleh bergabung. Bahan gumpal, sejenis bahan kimia yang bercas positif dimasukkan ke dalam air yang akan menarik zarah di dalam air mentah. Oleh itu, zarah yang lebh besar terbentuk dan cukup berat untuk enap.

3.Pengelompokan (Coagulation) 
Penggumpalan dan pengelompokan dibantu oleh penambahan polimer, satu rantaian panjang molekul yang boleh membuatkan kelompok lebih berat oleh tarikan kimia pada kelompok. Selepas pengelompokan, kelompok yang lebih berat perlu waktu untuk tenggelam. Ini dilakukan di dalam tangki pemendapan dan dipanggil proses pemendapan.

4.Pemendapan (Sedimentation) 

Pemendapan berlaku di dalam tangki besar, di mana air mengalir perlahan dan kelompok mempunyai waktu untuk tenggelam ke bawah dan disingkirkan.

5.Penurasan (Filtration) 
Turas di loji perawatan air mengandungi lapisan pasir. Zarah yang kecil tidak dapat melalui turas kerana melekat pada pasir.Air melalui pasir dan apabila air sampai ke bahagian bawah, ia dikumpulkan dan bergerak semula. Selepas beberapa waktu, terdapat banyak zarah yang melekat pada pasir dan pasir akan tersumbat serta perlu dibersihkan melalui kaedah cuci balikan (backwash). Air jernih beserta udara dipam melalui jalan masuk yang bertentangan pada kelajuan yang tinggi untuk membersihkan turas. Zarah yang melekat pada pasir akan terungkai dan timbul ke permukaan. Air ini dikumpulkan dan menjadi air sisa. Air berturas melalui dua peringkat perawatan sebelum sampai ke tangki air jernih.


Jangan Bazir Air ye

Sungaiku 1 Hidupku

ha! entri kali saya nak kongsi dengan anda semua tentang video...apalagi kalau bukan pasal sungai dengan air...tapi iklan ni mmg menarik sgt...bg kita pengajaran..jadi tgoklah..





Jangan Bazir Air ye

Program Sungaiku Hidupku

 Pada 16 Disember 2010 Bahagian Pengurusan Sungai dan Pantai Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor  telah menganjurkan satu program yang bertema “SUNGAIKU HIDUPKU” bertempat di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.Kategori adalah terbuka. Seramai 100 perserta menyertai program tersebut . Antara yang menghadiri program ini adalah pelajar-pelajar sekolah.


Antara agenda yang di sediakan oleh pihak urusetia adalah untuk menanamkan rasa cinta pada sungai serta mengfokuskan pada peserta bahawa sungai adalah aset yang penting dalam kehidupan. Acara permulaan selepas sampai di destinasi ,pihak urusetia memulakan acara menghirup udara segar dengan melakukan senaman aerobic  “SELAMAT PAGI MALAYSIA” , Pertandingan mewarna  “MEWARNA SUNGAIKU” dan Melukis poster. Selepas minum pagi peserta di dedahkan dengan acara “BIO INDICATOR” serta di dedehkan dengan demontrasi kitar semula.
Pada acara penamat program, Timbalan Pengarah Pembangunan Ir. Nor hisham bin Mohd Ghazali memberi ucapan bagi pihak Pengarah yang tidak dapat hadir pada program tersebut serta melancarkan buku Aktiviti Sungaiku Hidupku. Seterusnya penyampaian hadiah dan Pengumuman pemenang Pertandingan fotographi sungaiku hidupku.
Berikut dipaparkan gambar fotografi yg telah dipilih sebagai pemenang :

Tempat pertama....kreatif gambar ni..like
Tempat ke-2...happy family


Jangan Bazir Air ye

Rabu, 23 Mac 2011

Langkah penjimatan air

ha! entri kali ni saya nak bgthu anda semua tentang langkah penjimatan air...
mungkin kebanyakan dari anda tidak sedar yang anda sedang membuat pembaziran air..jadi gunakanlah langkah yang saya beri ni..

Langkah Penjimatan Air

  1.  Ketika membasuh kereta / motosikal atau sebarang peralatan untuk kegiatan di luar, gunakan air takungan / baldi untuk mengelakkan pembaziran air.
  2.  Menutup air ketika menggosok gigi dan hanya menggunakan segelas air untuk berkumuh. Air yang dibiar mengalir di paip dan sinki boleh mengakibatkan pembaziran.
  3. Air lebihan hasil dari kegiatan membasuh pinggan boleh digunakan untuk menyiram pokok dan tanaman hiasan. Ini bukan sahaja menjimatkan air malah mempunyai nutrien untuk tumbuh-tumbuhan.
  4. Ketika mandi, elakkan dari menggunakan power shower atau paip pancutan berkuasa tinggi. Jika boleh, gunakan alat takungan serta gayung untuk menjimatkan penggunaan air ketika mandi.
  5. Ketika memasak, gunakan air yang tidak berlebihan ketika merebus sayur-sayuran. Anda boleh menjimatkan air dan juga mengekalkan bekalan nutrien dalam sayur-sayuran.
  6. Membaiki paip-paip dan periksa meter air untuk sebarang tanda-tanda kebocoran. Langkah ini boleh dibuat dengan menutup semua paip air dan mengambil bacaan meter. Tunggu beberapa minit dan ambil bacaan meter baru. Jika bacaan meter berbeza, mungkin ada paip yang bocor.
  7. Membuat tangki tadahan hujan serbaguna untuk menyimpan air hujan. Air yang disimpan boleh digunakan untuk membasuh kereta, menyiram tanaman dan lain-lain.


Jangan Bazir Air ye

Status Kualiti Air Sungai


        Pada tahun 2007, jumlah lembangan sungai yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar telah berkurangan daripada 146 ke 143. Hal ini adalah disebabkan oleh penggabungan dari tiga (3) sungai yang terletak berhampiran satu sama lain. Didapati bahawa Lembangan Linggi di Melaka sebenarnya bersambung dengan Lembangan Linggi di Negeri Sembilan; Lembangan Pontian di Johor pula bergabung dengan Lembangan Rompin sebelum mengalir ke laut dan Lembangan Semerak di Kelantan bersambung dengan Lembangan Kemasin. Dengan demikian, ketiga-tiga lembangan ini tidak lagi dikira dalam jumlah lembangan sungai. 


           Namun begitu jumlah stesen pemantauan masih tetap sama iaitu sebanyak 1,064.
Daripada 1,064 buah stesen pengawasan,  sebanyak 638 (60%) stesen dikelaskan kepada bersih, 376 (35%) sedikit tercemar dan 50 (5%) tercemar. Terdapat peningkatan yang signifikan dalam kualiti  air sungai pada tahun 2007 berbanding dengan 2006. Bilangan sungai yang bersih pada tahun 2007 adalah 91 (64%) berbanding dengan 80 pada tahun 2006 dan jumlah sungai tercemar sedikit menurun daripada 59 pada tahun 2006 menjadi 45 (31%) pada tahun 2007. Namun begitu, jumlah sungai yang tercemar tetap pada 7 (5%) buah.
Seperti pada tahun sebelumnya bahan pencemar utama yang dapat dikesan adalah  Biochemical Oksigen Demand (BOD), Nitrogen ammonia (NH3-N) dan diikuti dengan Suspended Solids (SS). 
         
              Sejajar dengan peningkatan  secara keseluruhan kualiti air sungai di Malaysia pada tahun 2007, jumlah sungai yang tercemar oleh BOD menurun daripada 22 pada tahun 2006 ke 12 tahun 2007 dan jumlah sungai yang tercemar oleh NH3-N menurun daripada  42 ke 36, manakala jumlah sungai tercemar oleh SS tetap iaitu 42. Bahan pencemar BOD dikenalpasti datangnya daripada sisa kumbahan yang tidak dirawat daripada kawasan pertanian dan juga industri. Sumber utama bagi bahan pencemar NH3-N pula datangnya daripada ialah kumbahan domestik dan penternakan manakala sumber untuk kebanyakan bahan pencemar SS pula daripada  kegiatan pembukaan tanah.


Jangan Bazir Air ye

Pencemaran Air

 Sungai adalah elemen alam sekitar yang penting kepada manusia. Sejak
dahulu lagi, manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai
kerana sungai berfungsi sebagai alat pengangkutan dan perhubungan,
sumber bekalan air untuk domestik dan pertanian selain membekalkan
sumber protein kepada manusia. Dengan berkembangnya bandar dan
kegiatan perindustrian serta perdagangan, kualiti sungai mula mengalami

Inilah apa yang  terjadi terhadap sungai kita....insaflah

kemerosotan apabila berlakunya masalah hakisan, pemendapan dan
pencemaran. Senario semasa di Malaysia menunjukkan, bilangan sungai
yang berada dalam kategori Kelas 1 dan Kelas 2 semakin berkurangan
tetapi yang dikategorikan dalam Kelas 4 dan Kelas 5 semakin meningkat.
Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan pembangunan pesat
yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih rendah
dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Punca
pencemaran dan kerosakan sungai boleh disimpulkan kepada faktor
budaya campak buang yang berkait rapat dengan sikap masyarakat
umum sama ada pengilang, penternak dan penduduk setempat yang tidak
menghargai sungai sebagai sumber. Penyerahan tanggung jawab
penjagaan sungai kepada kerajaan juga menerangkan betapa rendahnya
tahap penglibatan masyarakat dalam usaha pemeliharaan sungai. Sikap
dan paradigama masyarakat harus diubah terlebih dahulu, dengan ini
barulah segala langkah saintifik dan pengurusan kawalan terhadap
pencemaran sungai memberi makna dan berjaya dilaksanakan kerana
sebahagian besar masyarakat telah memahami dan berupaya menilai
kualiti sungai.


Jangan Bazir Air ye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...