Khamis, 14 April 2011

Sarawak: Janji air bersih


Foto

30,000 penduduk 10 kampung di daerah Bau dapat manfaat

BAU: Hampir 30,000 penduduk di 10 kampung di daerah ini akan menikmati bekalan air bersih apabila projek penyambungan paip dari loji rawatan di Batu Kitang, siap tidak lama lagi.
Projek dengan peruntukkan berjumlah RM37 juta itu yang bermula Februari lalu dijangka selesai dalam tempoh 18 bulan.
Menteri Muda Alam Sekitar, Datuk Peter Nansian Ngusie, berkata apabila siap nanti projek itu akan memberi manfaat kepada 18,000 rumah di kawasan Krokong dan Jagoi yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru.

Beliau berkata, selama ini penduduk di kawasan perkampungan itu bergantung kepada bekalan air graviti untuk keperluan harian.

"Ketika ini kerja penyambungan paip dari loji rawatan Lembaga Air Kuching di Batu Kitang sedang giat dijalankan. Saya percaya, apabila projek ini siap sepenuhnya, semua penduduk di kawasan Jagoi dan Krokong akan menikmati bekalan air bersih," katanya selepas merasmikan Program 1KDN dan Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Kampung Tradisi di Kampung Serikin, di sini.

Nansian berkata, projek bekalan air bersih itu antara bukti kerajaan bertanggungjawab menyediakan kemudahan infrastruktur untuk keselesaan rakyat. 
Beliau berkata, walaupun ada kalangan rakyat lewat menerima kemudahan itu, mereka harus faham pelaksanaan projek terbabit memerlukan masa agak panjang selain terpaksa menghadapi kesukaran berikutan bentuk muka bumi yang agak sukar.

Sementara itu, Nansian, berkata beliau bersedia menghadapi pelbagai taktik pembangkang termasuk menyerang peribadi beliau dalam tempoh kempen pilihan raya negeri ini.

"Saya bersedia menghadapinya dan saya juga percaya rakyat tahu isu remeh yang sengaja diperbesarkan oleh pembangkang," katanya. 


Jangan Bazir Air ye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...