Jumaat, 10 Jun 2011

Syarikat balak timbus sungai

AGAH meninjau  Sungai Gob yang ditimbus tanah dan pokok oleh syarikat pembalakan.
AGAH meninjau Sungai Gob yang ditimbus tanah dan pokok oleh syarikat pembalakan.


Penduduk Pos Gob kesal aktiviti pembalakan jejas kehidupan harian

GUA MUSANG: Air Sungai Gob yang menjadi keperluan lebih 300 penduduk Orang Asli di beberapa kampung sekitar Pos Gob, di sini, tidak lagi selamat digunakan apabila berbau busuk dan kotor berikutan diancam kegiatan pembalakan tidak terkawal sejak sebulan lalu. 

Malah, penduduk terbabit mendakwa ada pihak menimbus sungai berkenaan dengan tanah dan kayu sebagai laluan lori balak tanpa menghiraukan nasib penduduk yang menggunakan air sungai itu untuk keperluan setiap hari.
Tinjauan mendapati, sungai terbabit sudah menjadi sempit kerana ditutup dengan timbunan tanah dan kayu yang ditebang semata-mata bagi membina laluan lori balak.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Pos Gob, Agah Bongsu, berkata masalah itu sudah beberapa kali dikemukakan kepada syarikat pembalak terbabit, namun tidak diendahkan. 

Beliau berkata, berikutan masalah itu, sebahagian Orang Asli terpaksa berpindah ke kampung lain bagi mendapat sumber air bersih daripada aliran sungai. 

Katanya, kerja pembalakan di kawasan itu dilakukan secara rakus sehingga memusnahkan hutan dan aliran sungai tanpa memikirkan keselamatan penduduk. 

“Kami cuba menghalang pekerja balak daripada menimbus sungai berkenaan, tetapi mereka tidak mengendahkannya dan memberi alasan kami semua tidak ada hak mencampuri urusan itu dan mendakwa syarikat sudah mendapat kebenaran kerajaan negeri," katanya. 
Penghulu Kampung Koncong, Yusof Ati, berkata penduduk langsung tidak menyangka kawasan pedalaman turut tidak selamat didiami dan kediaman mereka terancam dengan kemusnahan yang dilakukan oleh manusia. 

“Saya merayu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan melakukan siasatan terhadap keghairahan syarikat pembalakan itu menimbus sungai hingga menyulitkan penduduk,” katanya. 


Jangan Bazir Air ye

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...