Sungai adalah elemen alam sekitar yang penting kepada manusia. Sejak
dahulu lagi, manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai
kerana sungai berfungsi sebagai alat pengangkutan dan perhubungan,
sumber bekalan air untuk domestik dan pertanian selain membekalkan
sumber protein kepada manusia. Dengan berkembangnya bandar dan
kegiatan perindustrian serta perdagangan, kualiti sungai mula mengalami
Inilah apa yang terjadi terhadap sungai kita....insaflah |
kemerosotan apabila berlakunya masalah hakisan, pemendapan dan
pencemaran. Senario semasa di Malaysia menunjukkan, bilangan sungai
yang berada dalam kategori Kelas 1 dan Kelas 2 semakin berkurangan
tetapi yang dikategorikan dalam Kelas 4 dan Kelas 5 semakin meningkat.
Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan pembangunan pesat
yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih rendah
dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Punca
pencemaran dan kerosakan sungai boleh disimpulkan kepada faktor
budaya campak buang yang berkait rapat dengan sikap masyarakat
umum sama ada pengilang, penternak dan penduduk setempat yang tidak
menghargai sungai sebagai sumber. Penyerahan tanggung jawab
penjagaan sungai kepada kerajaan juga menerangkan betapa rendahnya
tahap penglibatan masyarakat dalam usaha pemeliharaan sungai. Sikap
dan paradigama masyarakat harus diubah terlebih dahulu, dengan ini
barulah segala langkah saintifik dan pengurusan kawalan terhadap
pencemaran sungai memberi makna dan berjaya dilaksanakan kerana
sebahagian besar masyarakat telah memahami dan berupaya menilai
kualiti sungai.
jom kita membanteras
BalasPadam