Rabu, 20 April 2011

Air dibekal SYABAS selamat, berkualiti

MENTERI Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,   Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bersama  Rozali  (kiri) dan  Pengarah Urusan Jalur Cahaya Sdn Bhd, Sheikh Mazlan Sheikh Hassan (kanan) melihat paip meter syarikat Jalur Cahaya Sdn Bhd selepas merasmikan persidangan dan pameran air Asia Pasifik.
MENTERI Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bersama Rozali (kiri) dan Pengarah Urusan Jalur Cahaya Sdn Bhd, Sheikh Mazlan Sheikh Hassan (kanan) melihat paip meter syarikat Jalur Cahaya Sdn Bhd selepas merasmikan persidangan dan pameran air Asia Pasifik.




Syarikat peruntuk RM1.2b tukar rangkaian paip lama 

SUBANG JAYA: Kira-kira 7.5 juta pengguna air di Lembah Klang terdedah kepada kesan sampingan sisa asbestos yang disyaki boleh menyebabkan barah, kecuali semua sistem rangkaian paip air lama sepanjang 6,000 kilometer segera diganti dengan paip baru yang terbukti lebih selamat.

Hampir keseluruhan paip lama adalah jenis Simen Asbestos (AC) dan ia tidak lagi sesuai digunakan serta perlu digantikan dengan paip baru jenis High Density Polyethelene (HDPE) atau Ductile Iron yang tahan lebih lama dan tidak mudah berkarat.
Kesatuan Eropah sudah mengharamkan penggunaan bahan yang mengandungi asbestos selepas kajian ke atas tikus menunjukkan asbestos boleh menyebabkan barah. 
Sisa amosite dan crocidolite adalah mineral asbestos yang paling bahaya dan seseorang itu terdedah kepada barah paru-paru jika terlalu lama terdedah kepada mineral berkenaan. 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sudah memperuntukkan RM1.2 bilion bagi mengatasi masalah paip bocor dan usang sekali gus ia menjadi projek utama SYABAS dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan serta memastikan kualiti air yang disalurkan kepada pengguna. 

Pengerusi Eksekutif SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail, berkata pihaknya mengakui bukan menjadi agensi yang bertanggungjawab dapat mengesahkan mengenai risiko kesihatan terhadap penggunaan paip lama itu. 
Bagaimanapun, katanya, menjadi tanggungjawab SYABAS melaksanakan arahan kerajaan Persekutuan untuk menggantikan paip lama dan usang itu. 

“Apa yang boleh kami sahkan semua air yang kami bekalkan dari loji rawatan kepada pengguna adalah selamat untuk diminum dan memenuhi piawaian antarabangsa. Bagaimanapun, bagi kami, kerja menggantikan paip itu perlu dilakukan segera kerana setakat ini daripada 6,000 kilometer saluran paip yang perlu diganti, hanya 850 kilometer saja dapat disiapkan, ” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Persidangan Air Asia Pasifik di Subang Jaya semalam. Seramai 25 penceramah dari dalam dan luar negara membentangkan kertas kerja masing-masing serta bertukar-tukar pandangan bersama lebih 300 peserta dari 14 negara dalam persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu. 

Rozali berkata, masalah dihadapi pihaknya untuk meneruskan program penukaran paip lama itu di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah disebabkan belum mendapat kebenaran daripada kerajaan bagi meneruskan projek berkenaan. 

“Saya berharap kerajaan Pusat dan kerajaan Selangor dapat segera menyelesaikan masalah berkaitan kelulusan ini bagi membolehkan kerja berkenaan diteruskan,” katanya.


Jangan Bazir Air ye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...