Khamis, 14 April 2011

UITM guna air hujan di tandas...


KUALA SELANGOR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) bakal menjadi universiti pertama di negara ini menggunakan air tadahan hujan yang sudah dirawat bagi kegunaan tandas di semua kampusnya.

Bagi tujuan itu, UiTM bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di kampus UiTM Puncak Alam di sini, semalam.

Naib Canselor UiTM, Datuk Sahol Hamid Abu Bakar, berkata UiTM dan JPS akan menggunakan kepakaran masing-masing untuk menghasilkan hasil buangan dan semula jadi kepada sumber yang boleh digunakan.


“Antara yang sedang diberikan tumpuan ialah penggunaan air hujan yang sudah dirawat untuk kegunaan tandas di seluruh kampus UiTM dalam masa antara dua hingga tiga tahun lagi,” katanya dalam sidang media selepas majlis pemeteraian MoU itu di sini.

Sahol berkata, kajian mengenainya sedang dijalankan di kampus UiTM Puncak Alam di sini, yang mempunyai 30,000 pelajar sebelum ia diperluaskan untuk kegunaan semua kampus UiTM di seluruh negara.

“Satu saluran khas dipasang pada semua saliran air hujan yang akan ditakung dalam sebuah tangki khas sebelum dirawat secara usaha sama antara UiTM dan JPS,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, UiTM turut menjalankan kajian untuk merawat sisa makanan sebelum ditukar kepada baja tanaman.

“Selain itu, UiTM kampus Perlis ketika ini menggunakan sumber air bawah tanah yang digali untuk minuman,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan kira-kira 20,000 pelajar UiTM di Sarawak untuk tidak terbabit dengan kempen pilihan raya negeri terbabit.

“UiTM sudah mengeluarkan pekeliling melarang penuntut UiTM daripada terbabit dengan apa jua program berunsur politik. Semua pelajar perlu memberikan tumpuan terhadap peperiksaan akhir semester tidak lama lagi,” katanya

Sumber: Berita Harian


Jangan Bazir Air ye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...