Rabu, 23 Mac 2011

Status Kualiti Air Sungai


        Pada tahun 2007, jumlah lembangan sungai yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar telah berkurangan daripada 146 ke 143. Hal ini adalah disebabkan oleh penggabungan dari tiga (3) sungai yang terletak berhampiran satu sama lain. Didapati bahawa Lembangan Linggi di Melaka sebenarnya bersambung dengan Lembangan Linggi di Negeri Sembilan; Lembangan Pontian di Johor pula bergabung dengan Lembangan Rompin sebelum mengalir ke laut dan Lembangan Semerak di Kelantan bersambung dengan Lembangan Kemasin. Dengan demikian, ketiga-tiga lembangan ini tidak lagi dikira dalam jumlah lembangan sungai. 


           Namun begitu jumlah stesen pemantauan masih tetap sama iaitu sebanyak 1,064.
Daripada 1,064 buah stesen pengawasan,  sebanyak 638 (60%) stesen dikelaskan kepada bersih, 376 (35%) sedikit tercemar dan 50 (5%) tercemar. Terdapat peningkatan yang signifikan dalam kualiti  air sungai pada tahun 2007 berbanding dengan 2006. Bilangan sungai yang bersih pada tahun 2007 adalah 91 (64%) berbanding dengan 80 pada tahun 2006 dan jumlah sungai tercemar sedikit menurun daripada 59 pada tahun 2006 menjadi 45 (31%) pada tahun 2007. Namun begitu, jumlah sungai yang tercemar tetap pada 7 (5%) buah.
Seperti pada tahun sebelumnya bahan pencemar utama yang dapat dikesan adalah  Biochemical Oksigen Demand (BOD), Nitrogen ammonia (NH3-N) dan diikuti dengan Suspended Solids (SS). 
         
              Sejajar dengan peningkatan  secara keseluruhan kualiti air sungai di Malaysia pada tahun 2007, jumlah sungai yang tercemar oleh BOD menurun daripada 22 pada tahun 2006 ke 12 tahun 2007 dan jumlah sungai yang tercemar oleh NH3-N menurun daripada  42 ke 36, manakala jumlah sungai tercemar oleh SS tetap iaitu 42. Bahan pencemar BOD dikenalpasti datangnya daripada sisa kumbahan yang tidak dirawat daripada kawasan pertanian dan juga industri. Sumber utama bagi bahan pencemar NH3-N pula datangnya daripada ialah kumbahan domestik dan penternakan manakala sumber untuk kebanyakan bahan pencemar SS pula daripada  kegiatan pembukaan tanah.


Jangan Bazir Air ye

1 ulasan:

  1. Lucky Club | Casino Site
    Lucky Club offers gambling and luckyclub.live entertainment at an affordable price. Check out our review and start playing now! Rating: 4.7 · ‎12 votesHow do you get free money?Can I win real money by playing Lucky Club?

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...