Khamis, 14 April 2011

Isi rumah di Selangor guna 230 liter air sehari

jangan membazir air..
Pengguna banyak membazir ketika mandi, mengepam tandas 

SUBANG JAYA: Penggunaan air domestik di Selangor banyak dibazirkan ketika mandi dan mengepam tandas dengan purata tahap penggunaan air keseluruhan bagi setiap isi rumah adalah 230 liter sehari, jauh lebih tinggi daripada negara maju lain.
Kajian terhadap corak penggunaan air domestik di Selangor juga mendapati tahap penggunaan air ketika mandi adalah 29 peratus daripada keseluruhan purata penggunaan air di rumah manakala 27 peratus lagi ketika mengepam tandas.
Perunding Pengurusan Sumber Air, James T Cherian, berkata setiap kali mengepam tandas menggunakan pam konvensional, kira-kira 11 liter air akan memasuki saluran kumbahan. 

Katanya, jika enam kali mengepam tandas iaitu kadar purata penggunaan domestik, ini bermakna 66 liter air digunakan berbanding cuma 28 liter sehari menggunakan pam teknologi baru yang mempunyai dua alat mengepam. 

“Bagi mengatasi masalah pembaziran air ini, kami mencadangkan supaya rumah yang baru dibina dipasang dengan pam tandas terkini ini,” katanya dalam kertas kerjanya ‘Potensi Pengurusan Penggunaan Air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya’ pada hari terakhir Persidangan Air Asia Pasifik Ke-2 anjuran Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan (SWAN) di sini, semalam. 

Beliau berkata, secara purata pengguna domestik di Selangor menggunakan 19 peratus bekalan air yang mereka peroleh bagi membasuh pakaian dan 17 peratus mencuci, manakala masing-masing empat peratus untuk memasak dan kebocoran paip. 
“Jumlah keseluruhan iaitu 230 liter sehari adalah terlalu tinggi berbanding negara lain. Jika tahap penggunaan ini dapat dikurangkan sehingga 180 liter atau 150 liter sehari, ia bermakna kerajaan tidak perlu membazir wang membina projek pemindahan air dari Pahang ke Selangor bagi bekalan air pada 2020,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Kebangsaan (SPAN), Datuk Teo Yen Hua, mengakui bahawa purata tahap penggunaan air domestik di kalangan rakyat Malaysia masih tinggi berbanding negara lain, misalnya Singapura iaitu 156 liter sehari dan Hong Kong cuma 187 liter sehari. 

“Bagaimanapun, SPAN berusaha mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan untuk memperkenalkan langkah tertentu termasuk penggunaan tandas dua pam, menggalakkan penggunaan pelekat peringatan jangan membazir air dan pendekatan lain dalam usaha memastikan pengurusan air lebih sempurna di negara ini,” katanya. 


Jangan Bazir Air ye

3 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...