ha! entri kali ni saya nak bgthu anda semua tentang langkah penjimatan air...
mungkin kebanyakan dari anda tidak sedar yang anda sedang membuat pembaziran air..jadi gunakanlah langkah yang saya beri ni..
Langkah Penjimatan Air
mungkin kebanyakan dari anda tidak sedar yang anda sedang membuat pembaziran air..jadi gunakanlah langkah yang saya beri ni..
Langkah Penjimatan Air
- Ketika membasuh kereta / motosikal atau sebarang peralatan untuk kegiatan di luar, gunakan air takungan / baldi untuk mengelakkan pembaziran air.
- Menutup air ketika menggosok gigi dan hanya menggunakan segelas air untuk berkumuh. Air yang dibiar mengalir di paip dan sinki boleh mengakibatkan pembaziran.
- Air lebihan hasil dari kegiatan membasuh pinggan boleh digunakan untuk menyiram pokok dan tanaman hiasan. Ini bukan sahaja menjimatkan air malah mempunyai nutrien untuk tumbuh-tumbuhan.
- Ketika mandi, elakkan dari menggunakan power shower atau paip pancutan berkuasa tinggi. Jika boleh, gunakan alat takungan serta gayung untuk menjimatkan penggunaan air ketika mandi.
- Ketika memasak, gunakan air yang tidak berlebihan ketika merebus sayur-sayuran. Anda boleh menjimatkan air dan juga mengekalkan bekalan nutrien dalam sayur-sayuran.
- Membaiki paip-paip dan periksa meter air untuk sebarang tanda-tanda kebocoran. Langkah ini boleh dibuat dengan menutup semua paip air dan mengambil bacaan meter. Tunggu beberapa minit dan ambil bacaan meter baru. Jika bacaan meter berbeza, mungkin ada paip yang bocor.
- Membuat tangki tadahan hujan serbaguna untuk menyimpan air hujan. Air yang disimpan boleh digunakan untuk membasuh kereta, menyiram tanaman dan lain-lain.
um .. boleh tahan gak ko ni wat blog . yang penting mmg okey .
BalasPadamwow ! pandai ko wat bende ni . tahniah erk .
BalasPadamthanx Z-Dragon...
BalasPadamikhlas tak tu..hahaha
wah..pndi nyer kaw wat blog cntik n mnrik lak tuw bgus2 congratulation taw smge brjye
BalasPadamthanx Anonymous...support sya
BalasPadamsmart la blog ni...
BalasPadambnyk information pulak tuh..
hee...perbnykkan lg yer..
tgh tercari-cari langkah-langkah penjimatan , terjumpa lak dgn blog . wah ! congrats kpda empunya blog . creatiflh ! n_n
BalasPadamBlog sangat kreatif 😁
BalasPadamBahasa engriss tak de ke?
BalasPadam